Sony Xperia 1 II Berharga RM4,999 Di Malaysia

Sony Xperia 1 II Berharga RM4,999 Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 12, 2020 oleh .

Serentak dengan pengumuman harga jualan Sony Xperia 5 II, harga jualan Sony Xpria 1 II juga telah diumumkan. Peranti mercu yang bersaiz lebih besar ini memasuki pasaran Malaysia pada harga RM4999 sebuah. Tarikh bila ia akan dijual belum diumumkan tetapi pastinya serentak dengan Xperia 5 II pada Disember hadapan.

Sony Xperia 1 II dilengkapi skrin 6.5 OLED 4K HDR, dijana cip Snapdagon 865, memori sebesar 8GB RAM, storan 256 GB, kamera utama  12+12+12+3D TOF, kamera hadapan 8MP dan bateri sebesar 4000 mAh. Kamera utama menggunakan lensa Zeiss dengan kepakaran yang dipelajari dalam menghasilkan kamera Sony Alpha. Pengumuman ini adalah tidak dijangka kerana selama ini lensa Zeiss lebih sinonim dengan telefon pintar keluaran Nokia.

Peranti menyokong rangkaian selular 5G Sub 6, pengecasan secara nirwayar Qi dan mempunyai tahap ketahanan kalis air IP 68. Skrin memanjang 21:9 dikekalkan pad peranti pengganti Xperia 1 ini. Pilihan warna pula adalah hitam, putih dan ungu.

Kemampuan audio juga menarik kerana penggunaan sistem audio stereo pada bahagian hadapan dan juga bicu audio 3.5mm. Tidak seperti pengeluar lain Sony mengembalikan semua bicu audio pada peranti mercu mereka tahun ini. Sistem imbasan cap jari nampaknya masih lagi terletak pada bahagian sisi tetapi terbina pada butang kuasa.



TIPS & ULASAN