Lenovo Legion Phone Duel Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 20 Oktober Ini

Lenovo Legion Phone Duel Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 20 Oktober Ini

Diterbitkan pada Okt 14, 2020 oleh .

Lenovo Legion Phone Duel sebelum ini dilaporkan telah melepasi pengesahan sirim, sekaligus menandakan bahawa ia bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Dalam perkembangan terkini, peranti ini telah disahkan bakal diperkenalkan di Malaysia pada minggu hadapan, 20 Oktober 2020. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak untuk ketahui lebih lanjut mengenai penawarannya.

Lenovo Legion Phone

Lenovo Legion Phone Duel hadir dengan skrin 6.59-inci pada kadar segar semula 144Hz, dijana cip Snapdragon 865+, memori sehingga 16GB RAM dan bateri sebesar 5000mAh. Ia juga menyertakan dwi-port USB-C untuk memudahkan pengecasan pantas sehingga 90W, kamera hadapan pop-naik pada bahagian tepi, sokongan empat-mikrofon dengan dwi-stereo dihadapan serta dilengkapi Android 10.



TIPS & ULASAN