Insta360 Mengacah Kehadiran Produk Baharu, Bakal Diperkenalkan Minggu Hadapan

Insta360 Mengacah Kehadiran Produk Baharu, Bakal Diperkenalkan Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Okt 20, 2020 oleh .

Insta360 bukan satu nama yang asing, apatah lagi jenama ini cukup terkenal dengan sejumlah produk kamera aksi yang merakam video dan gambar sehingga 360 darjah. Boleh dikatakan kebanyakan produk yang dihasilkan cukup menarik dengan keunikan tersendiri. Kita ada Insta 360 ONE, Insta360 EVO dan sebagainya.

Dalam perkembangan terkini, mereka dilihat mempunyai perancangan untuk pengenalan sebuah lagi produk baharu. Buat masa ini, Insta360 tidak pula mendedahkan butiran mengenai nama model atau spesifikasi padanya. Namun, video promosi pendek yang dimuat naik hanya disertakan dengan kapsyen “Impossible in Your Pocket” – sekaligus memberi gambaran ianya hadir dengan rekaan bersaiz poket yang memudahkan untuk di bawa ke mana-mana.

Perasan atau tidak, pada pertengahan video tersebut turut memperlihatkan sedikit sebanyak mengenai kemasan warna padanya yang kelihatan bewarna seakan kelabu. Pengenalannya telah dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan, 28 Oktober 2020 dan untuk ketahui lebih lanjut mengenai penawarannya, sama-sama kita nantikan.



Paling Popular