TSMC Menjangka Boleh Memperoleh Lebih 30% Keuntungan Walaupun Kehilangan Huawei

TSMC Menjangka Boleh Memperoleh Lebih 30% Keuntungan Walaupun Kehilangan Huawei

Diterbitkan pada Okt 20, 2020 oleh .

TSMC adalah syarikat yang terkenal, lagi popular dalam menghasilkan cip pemprosesan untuk jenama besar. Antara klien TSMC adalah Apple, MediaTek dan ramai lagi. Bulan Julai lepas, TSMC dilaporkan telah menghentikan pengeluaran cip untuk Huawei. Mereka juga yakin yang tiada kerugian akan berlaku, kerana boleh mengisi kekosongan yang ada dengan permintaan dari syarikat lain.

Nampaknya kata-kata TSMC ini mungkin akan menjadi realiti. Ini kerana mereka menjangka yang untuk tahun ini, mereka bokeh memperoleh lebih 30% keuntungan walaupun telah kehilangan Huawei. Menurut mereka, perkara ini tidak mustahil kerana permintaan pengeluaran cip 5G daripada banyak syarikat. Mereka menyasarkan akan membelanjakan sekitar $16 bilion sehingga $17 bilion untuk tahun ini. Menurut mereka, sasaran ini tercapai kerana modal perbelanjaan tahun ini adalah sekitar $17 bilion.

Keuntungan yang diperoleh untuk suku terakhir tahun 2020 adalah di antara $12.4 bilion dan $12.7 bilion. Tambahan mereka, kilang yang akan dibina di Amerika Syarikat tetap akan diteruskan yang mana bernilai $12 bilion. Sambil itu, TSMC tetap akan memfokuskan kepada pusat R&D mereka di Taiwan walaupun masalah dunia dengan Covid-19 melanda.

Bercakap mengenai Huawei tadi, kali terakhir TSMC mengeluarkan cip untuk mereka adalah pada bulan Mei iaitu cip 5nm yang bersaing dengan Apple A14 Bionic.



Paling Popular