Carian
Quibi Kini Hadir Dengan Aplikasi Untuk Android TV, Fire TV Dan Apple TV
October 21, 2020 Fahim Zahar

Quibi adalah satu lagi platform penstriman video. Tetapi ia sangat berbeza, kerana Quibi memfokuskan kepada kandungan pendek seperti 10 minit setiap episod dan adalah paparan secara menegak. Ia juga unik, yang mana format video yang dimainkan boleh berubah secara nyata.

Seperti Apple TV+, kandungan dalam Quibi semuanya adalah asli dan eksklusif. Ia dilancarkan pada April lalu, tetapi tidak menerima sambutan yang baik sehinggakan hanya 8% sahaja yang menyambung langganan berbayar selepas tamat tempoh percubaan. Terkini, bagi menarik perhatian orang ramai dan mengingatkan yang Quibi masih wujud di pasaran – aplikasi Android TV telah diperkenalkan. Bukan itu sahaja, aplikasi ini turut diperkenalkan di Amazon Fire TV dan Apple TV.

Tetapi dengan adanya aplikasi Android TV, pengguna akan dapat menikmati kandungan secara mendatar sahaja. Tetapi masih kekal dengan konsep video pendek dan adalah sesuai untuk mereka yang kesuntukan masa.

Komen