Nampaknya, bukan sahaja kamera utama. Sebaliknya, kamera swafoto pada Huawei Mate 40 Pro turut menerima skor tertinggi dalam carta DxoMark. Ia dilihat merangkul jumlah keseluruhan sebanyak 104 mata. Turut kelihatan, dua tangga teratas carta ini diduduki oleh dua peranti pintar daripada Huawei – sekaligus menunjukkan Huawei kini meneruskan momentum cemerlang untuk keupayaan kamera yang menyeluruh.
Memetik laporan ujian, Huawei Mate 40 Pro dilihat mencatatkan sebanyak 110 mata untuk kemampuan fotografi dan 96 mata pula untuk kemampuan videografi. Melaluinya, pujian diberikan kepada sistem imbangan putih yang baik pada pencahayaan rendah, fokus pada subjek yang memuaskan, kawalan hingar yang minima dan sokongan penstabilan video yang baik. Kritikan pula diberikan kepada perincian kurang memuaskan dalam keadaan tertentu, ada masanya penghasilan tona warna dilihat tidak semula jadi dan hasil bokeh tidak konsisten.