Cari @ Amanz

Ninebot sedia terkenal sebagai syarikat yang menawarkan produk seperti skuter elektrik, skuter swaimbang atau juga menjadi maharaja sementara dengan Singgahsana Segway mereka. Antara produk mereka yang popular adalah Ninebot Self-balancing Scooter, kerana ia boleh berubah menjadi Go Kart dan bukan sahaja digunakan sebagai skuter elektrik sahaja.

Terkini Ninebot hadir dengan Mecha Kit M1 pula. Ia adalah kit pasang sendiri untuk mengubah skuter swaimbang Ninebot menjadi kerusi dengan alat kawalan seakan mengawal robot dalam filem fiksyen sains. Di tempat letak tangan ada dua alat kawalan untuk bergerak ke hadapan/belakang dan juga kiri/kanan. Ia turut mempunyai pelancar bom air yang hadir dalam mod letusan atau juga strafing. Pilihan tema warna putih/hitam/merah adalah sesuai sekali dan padan dengan tema robot futuristik.

Ninebot turut menawarkan kawalan melalui aplikasi yang mana boleh menggunakan alat kawalan ini untuk mengawal permua ringkas. Kit ini akan mengambil masa sekitar 5 minit sahaja untuk pemasangan. Sayang sekali, ia terhad untuk pengguna berusia 14 tahun dan ke bawah sahaja. Harga jualan adalah RMB 1,399 iaitu sekitar RM869.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd