Honor 10X Lite Dilancarkan Dengan Kamera Utama 48MP & Bateri Besar 5000mAh

Honor 10X Lite Dilancarkan Dengan Kamera Utama 48MP & Bateri Besar 5000mAh

Diterbitkan pada Nov 2, 2020 oleh .

Sebuah lagi telefon pintar terbaru daripada Honor telah dilancarkan, baru-baru ini. Dinamakan sebagai Honor 10X Lite, telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan bersama harga lebih berpatutan. Selain menjadi pilihan lain kepada Honor X10 5G dan Honor X10 Max yang dilancarkan sebelum ini.

Untuk spesifikasi, Honor 10X Lite membawakan paparan bersaiz 6.67-inci IPS LCD dengan resolusi FHD+. Seterusnya, ia juga dilengkapi pemproses Kirin 710, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W. Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel (utama) (f/1.8) + 8 -Megapixel (sudut-lebar) (f/2.4) + 2-Megapixel (kedalaman) (f/2.4) + 2-Megapixel (Makro) (f/2.4). Sementara itu, kamera hadapan pula hadir dengan lensa tunggal sebesar 8-Megapixel.

Spesifikasi lain peranti termasuk sokongan GPU Turbo 3.0, pengimbas cap jari pada sisi, bicu audio 3.5mm, sambungan USB Type-C, NFC, bluetooth 5.1, perisian antaramuka Magic UI 3.0 berasaskan Android 10 dan AppGallery. Honor 10X Lite hadir dalam tiga warna berbeza seperti Midnight Black, Emerald Green, Icelandic Frost dan dijual pada harga SAR 799 (RM884).



Paling Popular