Spesifikasi Cip Qualcomm Snapdragon 875 Tertiris

Spesifikasi Cip Qualcomm Snapdragon 875 Tertiris

Diterbitkan pada Nov 4, 2020 oleh .

Cip Snapdragon 875 amat dinantikan pengguna peranti Android kerana saban tahun cip keluaran Qualcomm akan mengungguli carta penanda aras saban tahun. Hari ini maklumat mengenai CPU dan GPU akhirnya tertiris menerusi Digital Chat Station.

Menurut beliau Snapdragon 875 akan menggunakan 1 teras Cortex-X1 pada kelajuan 2.85 GHz, tiga teras Cortex-A78 pada kelajuan 2.42 GHz dan empat lagi teras Cortex-A55 pada kelajuan 1.8GHz. Kelapan-lapan teras ini akan dipadankan pula dengan GPU terkini Adreno 660. Seperti Kirin 9000 dan Apple A14 Bionic, Snapdragon 875 dihasilkan menggunakan teknologi 5nm.

Qualcomm akan melancarkan Snapdragon 875 dan sebuah lagi cip siri Snapdragon 700 pada Disember ini. Sebuah lagi cip yang dinantikan ialah Exynos 2100 yang turut menggunakan Cortex X1. Memandangkan Samsung memilih menggunakan cip Exynos untuk pasaran tempatan, Exynos 2100 adalah lebih relevan di awal tahun sebelum Snapdragon digunakan pada peranti FE di akhir tahun.



Paling Popular