Samsung Galaxy M21s Rasmi Dengan Pemproses Exynos 9611 Dan Bateri 6000mAh

Samsung Galaxy M21s Rasmi Dengan Pemproses Exynos 9611 Dan Bateri 6000mAh

Diterbitkan pada Nov 7, 2020 oleh .

Samsung kini mengumumkan sebuah lain model baharu di bawah siri Galaxy M – iaitu Samsung Galaxy M21s. Peranti pintar ini model naik taraf daripada model Samsung Galaxy M20 yang dilancarkan sekitar Mac lalu dengan sokongan kamera lebih baik.

Untuk spesifikasi, peranti pintar ini hadir dengan skrin bersaiz 6.4-inci Super AMOLED FHD+ bersama rekaan bertakuk kecil – Samsung menggelarkannya sebagai Infinity-U. Melengkapinya juga adalah cip pemproses Exynos 9611, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri 6,000mAh dengan pengecasan 15W.

Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Sudut-lebar) + 5-Megapixel (kedalaman), sementara kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Spesifikasi lain termasuk pengimbas cap jari pada sisi, dua pilihan warna – black serta blue dan berat sekitar 191 gram. Samsung Galaxy M21s dijual pada harga BRL1,529 (~RM1,176).

Perasan atau tidak, penawaran spesifikasi pada Samsung Galaxy M21s adalah mirip dengan Samsung Galaxy F41 yang dilancarkan sebelum ini. Cuma bezanya pada pilihan memori sahaja – di mana Samsung Galaxy F41 dilengkapi memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.



Paling Popular