Razer Viper Ultimate Cyberpunk 2077 Edition Dilancarkan Pada Harga RM714

Razer Viper Ultimate Cyberpunk 2077 Edition Dilancarkan Pada Harga RM714

Diterbitkan pada Nov 9, 2020 oleh .

Telefon pintar OnePlus 8T Cyberpunk 2077 dilancarkan dua minggu lalu dengan bonggol kamera terbesar pernah kami lihat. Minggu ini, tetikus Razer Viper Ultimate Cyberpunk 2077 Edition pula dilancarkan dengan skema warna bertemakan permainan video Cyberpunk 2077.

Keseluruhan tubuh tetikus adalah dalam warna kuning dan hitam. Ia hanyalah sekadar model dengan perbezaan kosmetik sahaja berbanding Razer Viper Ultimate edisi biasa. Ini bermakna ia adalah tetikus nirwayar yang menggunakan sambungan Razer Hyperspeed 2.4 GHz. Dengan sekali caj ia boleh beroperasi sehingga 70 jam. Sambungan secara berwayar masih boleh dilakukan dengan kabel 1.8 meter yang disertakan.

Seperti biasa terdapat sokongan Razer Chroma, sensor 20,000 DPI, dan pecutan sehingga 650 inci sesaat. Ia boleh digunakan oleh pengguna kidal dan kinan. Sistem memori terbina boleh menyimpan makro yang diprogramkan oleh pengguna.

Sebuah Razer Viper Ultimate Cyberpunk 2077 Edition dijual pada harga RM714 sebuah dan adalah lebih mahal berbanding RM599 untuk edisi biasa.



Paling Popular