Huawei Dilaporkan Akan Menggunakan Cip Snapdragon Pada Siri P Dan Mate

Huawei Dilaporkan Akan Menggunakan Cip Snapdragon Pada Siri P Dan Mate

Diterbitkan pada Nov 11, 2020 oleh .

Dengan sekatan ekonomi tidak dijangka ditarik semula dengan kemenangan Joe Biden dalam pilihanraya presiden baru-baru ini, Huawei nampaknya telah berpatah arang dengan menjual Honor. Terkini menurut laporan MyDrivers, pada tahun hadapan peranti siri P dan Mate Huawei akan berpindah pula kepada cip keluaran Snapdragon.

Qualcomm, pengeluar cip Snapdragon dilaporkan telah diberikan lesen untuk membekalkan cip kepada Huawei. Sekiranya benar tidak mengejutkan jika P50 kelak akan menjadi peranti mercu pertama Huawei dengan Snapdragon 875.

Langkah ini terpaksa diambil kerana Huawei tidak lagi mampu menghasilkan cip Kirin mereka selepas kehilangan akses kepada TSMC. Perpindahan kepada cip kelas ketiga adalah langkah terpaksa kerana tanpanya, perniagaan peranti mudah alih pastinya akan terkubur.



Paling Popular