Paparan Pintar Huawei Tertiris – Rekaan Seakan Amazon Echo Show Generasi Pertama

Paparan Pintar Huawei Tertiris – Rekaan Seakan Amazon Echo Show Generasi Pertama

Diterbitkan pada Nov 12, 2020 oleh .

Huawei V65 dan V75 adalah “paparan pintar” pertama dari Huawei dan turut menjalankan sistem operasi Harmony OS. Produk ini adalah berbeza dengan televisyen pintar seperti Huawei Vision Smart TV X65. Ini kerana Huawei menganggap yang V65 dan V75 adalah paparan pintar yang ada fungsi seakan televisyen. Paparan pintar yang biasa berada di pasaran adalah seperti Amazon Echo Show, Facebook Portal atau Nest Hub Max.

Untuk kategori peranti berhubung ini, antara produk terawal Huawei adalah Huawei Sound X. Huawei kemudian hadir dengan Huawei Sound sebagai pesaing kepada HomePod Mini dari Apple. Untuk paparan pintar kecil, baru-baru ini telah tertiris sebuah produk dengan rekaan seakan Amazon Echo Show generasi pertama. Produk ini digelar sebagai pembesar suara pintar dengan skrin sentuhan. Produk ini besar kemungkinan turut akan menjalankan sistem operasi Harmony OS.

Disebabkan ada kamera terbina kelihatan, tidak dinafikan ia akan menjadi pesaing kepada produk Google dan Amazon. ia mungkin akan menyertakan sokongan MeeTime, mampu memainkan video serta mengawal peranti berhubung lain. Buat masa ini, tiada lagi informasi spesifikasi serta tarikh jualan. Sama-sama kita nantikan.



Paling Popular