Aplikasi Apple TV Kini Boleh Dimuat Turun Pada PlayStation 5 Dan PlayStation 4

Aplikasi Apple TV Kini Boleh Dimuat Turun Pada PlayStation 5 Dan PlayStation 4

Diterbitkan pada Nov 12, 2020 oleh .

Bulan lepas, Sony menyatakan yang aplikasi Apple TV bolej dimuat turun pada konsol permainan video PlayStation 5 Dan PlayStation 4. Apple TV adalah platform penstriman video dari Apple yang menawarkan jualan serta kemampuan menyewa filem, siri TV atau langganan Apple TV+. Selama ini, Apple TV hanya terhad kepada beberapa produk seperti produk Apple, televisyen terpilih Samsung dan LG sahaja.

Sempenan pelancaran Sony PlayStation 5 di Amerika Syarikat, Jepun, Kanada,Mexico, Australia, New Zealand dan Korea Selatan – aplikasi Apple TV kini boleh dimuat turun oleh pengguna PlayStation 5 dan PlayStation 4. Untuk pengguna di Malaysia, anda boleh semak PlayStation Store di PS4 anda untuk memuat turun aplikasi ini. Manakala bagi yang ingin muat turun di PS5, nantikan kemunculan konsol ini pada 11 Disember kelak.



Paling Popular