Bermula 1 Jun 2021 semua pengguna Android yang menggunakan Google Photos, tidak lagi akan dapat kuota storan percuma untuk sandaran gambar (High). Sudah bertahun lamanya Google tawarkan ciri ini, tetapi nampaknya selepas ini tidak kira kualiti asli atau tinggi – ia akan menggunakan kuota Google Drive. Perkara ini turut berlaku pada fail-fail Google Docs, Sheets dan Slides.
Untuk Pixel pertama sehingga yang terkini iaitu Pixel 5, ia terselamat. Walaupun sudah 1 Jun 2021, peranti ini masih boleh membuat sandaran gambar resolusi tinggi tanpa menggunakan kuota. Walau bagaimanapun, menurut Android Central – peranti Pixel baharu kelak selepas Pixel 5 turut akan menerima nasib seperti peranti Android lain. Tiada lagi storan percuma.
Google nampaknya bersungguh inginkan pengguna melanggan Google One. Bagi yang tidak melanggan, 15GB masih ada dan menurut Google jika hanya untuk gambar ia boleh menyimpan kenangan selama tiga tahun.