Qualcomm Diberikan Kebenaran Membekalkan Cip 4G Kepada Huawei

Qualcomm Diberikan Kebenaran Membekalkan Cip 4G Kepada Huawei

Diterbitkan pada Nov 15, 2020 oleh .

Setelah beberapa bulan berita mengenai tersebar, Reuter melaporkan Qualcomm telah diberikan lesen untuk melakukan urusan perniagaan dengan Huawei oleh Jabatan Perdagangan A.S. Tetapi pada waktu ini mereka sekadar dibenarkan menjual perkakasan yang hanya menyokong rangkaian 4G.

Besar kemungkinan Huawei hanya dibenarkan membeli modem dan cip pemproses 4G sahaja dari pengeluar cip mudah alih nombor satu dunia. Huawei tidak mempunyai banyak pilihan selain menggunakan cip pihak ketiga selepas mereka tidak lagi diberikan akses kepada TSMC untuk terus menghasilkan cip kendiri Kirin.

Sekadar menggunakan cip 4G adalah lebih baik dari terpaksa menghentikan perniagaan peranti mudah alih mereka. Laporan ini turut menutup kebarangkalian Huawei akan menggunakan cip Snapdragon 875 dalam masa terdekat.



Paling Popular