Carian
Oppo Bakal Memperlihatkan Peranti Dengan Skrin Boleh-Gulung – Oppo Concept Phone
November 16, 2020 Fahim Zahar

Oppo Inno Day akan diadakan pada hari esok, iaitu 17 November 2020. Ini adalah acara Oppo memperlihatkan produk-produk konsep, inovasi dan teknologi baharu. Mereka telah pun mengacah Oppo AR Glass, yang mana turut akan dilancarkan pada masa yang sama.

Selain daripada AR Glass ini, Oppo turut akan hadir dengan peranti yang skrinnya boleh-gulung. Ia mungkin akan memperlihatkan teknologi skrin, kualiti, sasaran pasaran serta apakah fungsinya dan untuk siapakah penggunaan peranti sebegini. Oppo secara tidak langsung menyertai LG dan TCL untuk teknologi skrin boleh-gulung ini.

Cuma menjadikan persoalan, berapa lama peranti ini akan menjadi sebagai konsep? Adakah ia akan terkubur atau akan dijadikan produk sebenar. Oppo sehingga hari ini tidak melancarkan lagi peranti dengan kamera bawah skrin. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.

Komen