Oppo Mempatenkan Peranti Dengan Kamera Pop-Naik Berbentuk Bulat Dan Sokongan 15x Zum Hibrid

Oppo Mempatenkan Peranti Dengan Kamera Pop-Naik Berbentuk Bulat Dan Sokongan 15x Zum Hibrid

Diterbitkan pada Nov 17, 2020 oleh .

Oppo adalah antara jenama yang mempunyai peranti dengan sistem kamera pop-naik. Dari Find X dengan sistem boleh luncur, siri Oppo Reno dengan kamera pop-naik sirip jerung, paten dengan kamera pop-naik di sisi, atau juga peranti dengan skrin boleh lipat yang juga ada kamera pop-naik.

Terkini, mereka telah mempatenkan satu lagi peranti dengan teknologi yang lebih kurang sama. Kali ini, sistem kamera pop-naik adalah berbentuk bulat. Ia lebih kepada separa bulatan dengan modul kamera utama digabungkan sekali. Kamera utama turut akan mempunyai kamera periskop dan menyokong zum hibrid 15 kali. Peranti ini mungkin akan diumumkan pada Inno Day yang akan berlangsung pada hari ini.

Buat masa ini masih tidak pasti sama ada peranti ini akan menjadi komersil atau hanya sekadar paten dan konsep. Sama-sama kita nantikan.



Paling Popular