Apple Akan Menggunakan Panel OLED Samsung Dan LG Untuk iPad Pro Pada Pertengahan Tahun 2021

Apple Akan Menggunakan Panel OLED Samsung Dan LG Untuk iPad Pro Pada Pertengahan Tahun 2021

Diterbitkan pada Nov 24, 2020 oleh .

Apple sehingga hari ini masih menggunakan panel OLED dari Samsung dan LG untuk iPhone-iPhone mereka. Tetapi pada tablet, iaitu kesemua iPad masih lagi menggunakan panel Liquid Retina iaitu LCD tidak kira apa jua kelas iPad ini. Terkini, terdapat laporan yang Samsung dan LG sedang membangunkan panel OLED untuk iPad pula.

Menurut TheElec, Samsung sedang menghasilkan sejenis lapisan pada panel OLED ini untuk ketahanan yang lebih lama. Ini kerana, panel OLED akan ada masalah tunaskrin selepas sesebuah peranti lam digunakan. Lapisan ini tidak disertakan pada iPhone, kerana penggunaan tablet dijangka digunakan lebih lama dari sesebuah telefon.

Apple inginkan panel OLED dengan spesifikasi yang tinggi dan LG pula pernah menggunakan lapisan ini untuk OLED di dalam kereta (set inforia). Selain Samsung yang ada banyak pengalaman dengan OLED, tidak terkejut jika Apple masih bergantung dengan dua syarikat ini.

Walau bagaimanapun, panel ini mungkin akan digunakan pada pertengahan tahun 2021 selepas iPad Pro dengan panel mini-LED dilancarkan. iPad dengan panel mini-LED ini akan menjadi lebih tebal kerana binaan panel ini yang berbeza.



Paling Popular