Cari @ Amanz

Siri Honor V adalah siri peranti mercu dari Honor yang mempunyai spesifikasi lebih kurang seperti peranti mercu Huawei. Melalui siri Honor V ini seperti Honor V30 dengan cip Kirin 990 yang sama dengan Huawei P40 atau Honor V20 dengan cip Kirin 980 seperti Huawei P30 (nama View digunakan untuk pasaran global).

Terkini, buat pertama kalinya siri Honor V mungkin tidak akan dijana dengan cip Kirin terbaru iaitu Kirin 9000 yang digunakan pada Huawei Mate 40. Honor V40 adalah siri peranti mercu terbaru Honor yang dijangka akan dilancarkan pada tahun ini juga. Jenama Honor tidak lagi di bawah Huawei dan adalah jenama tersendiri selepas dijual.

Honor V30

Menurut laporan, Honor V40 mungkin akan dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1000+ atau cip yang lebih berkuasa. Disebabkan Honor V40 bukan di bawah Huawei, ada kemungkinan cip Snapdragon digunakan. Tetapi, jelas sekali peranti ini telah dibina semasa Honor masih di bawah Huawei lagi. Jadi cip Snapdragon mungkin tidak digunakan.

MediaTek akan hadir dengan cip baharu dengan kod MT6893. Mungkin ini adalah cip untuk peranti ini?

Honor V40 dijangka akan mempunyai skrin 120Hz, 6.72-inci, FHD+, 5G, sistem pengecasan pantas berwayar 66W, sistem pengecasan nirwayar pantas 40W dan juga sensor kamera  Sony IMX700 RYYB. Apa-apa pun, peranti ini mungkin adalah peranti yang premium. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd