Cari @ Amanz

OnePlus sebelum ini telah pun menawarkan telefon pintar dibawah siri OnePlus Nord untuk pasaran tempatan. Apa pun, ketika itu, hanya versi 8GB RAM ditawarkan secara berasingan, sementara versi 12GB RAM perlu dibeli dalam bentuk berkas bersama-sama dengan fon telinga pada harga  RM2399.

Apa pun, perkara berkenaan kini berubah, dan pihak OnePlus telah pun mengumumkan mereka akan menawarkan OnePlus Nord 12GB RAM secara berasingan pada harga RM2099 bermula 30 November ini.

Bagi yang tidak mengenali akan OnePlus Nord, ia hadir dengan skrin 90Hz AMOLED, dijana cip Snapdragon 765G 5G, memori 12GB RAM dan storan 256GB. Ia turut dilengkapi empat-kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel, selain bateri 4115mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan OnePlus Nord, mungkin boleh menyemak penawaran model ini pada harga RM2099 bermula 30 November ini. OnePlus juga akan mengumumkan penawaran OnePlus Buds Z pada tarikh 30 November ini untuk pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd