Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Buds Live adalah TWS terbaru dari Samsung yang menggunakan rekaan “kacang” dan juga menyokong pembatalan hingar aktif. Tetapi ura-ura terbaru menyatakan yang Samsung mungkin tidak lagi menggunakan rekaan ini.

Terkini, nama baharu bagi Galaxy Buds telah tertiris. Ia dikatakan adalah Galaxy Buds Pro. Nama ini dilihat telah didaftarkan di Indonesia Telecom Certification dengan nombor mdoel SM-R190. Ia turut dikhabarkan akan hadir dengan kapasiti bateri 472mAh. Galaxy Buds Pro ini mungkin bukan Galaxy Buds Beyond yang telah Samsung daftar tanda dagang sebelum ini.

Jika tidak lagi menggunakan rekaan kacang dan adalah versi “Pro”, ia mungkin adalah jenis dalam telinga dan akan ada fungsi-fungsi yang “pro”. Fungsi seperti pembatalan hingar aktif dijangka akan diteruskan ke dalam set fon telinga nirwayar sebenar ini. Samsung mungkin akan memperkenalkan Galaxy Buds Pro ini bersama-sama dengan pelancaran Galaxy S21 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd