Cari @ Amanz

Sony Xperia adalah peranti yang baik dari segi spesifikasi, kamera manual yang hebat serta mempunyai rekaan yang unik. Sayang sekali, pemasaran peranti ini di Malaysia tidak begitu baik sehinggakan jualan bermula lewat dan ia tidak meraih populariti seperti peranti pesaing.

Xperia 1 II

Terkini, Sony telah mengumumkan bila kemaskini Android 11 akan diedarkan untuk peranti-peranti terkini mereka. Peranti pertama yang akan menerima kemaskini ini adalah Xperia 1 II pada Disember 2020. Seterusnya adalah Xperia 5 II pada hujung Januari 2021, begitu juga dengan Xperia 10 II. Bermula pada Februari 2021 giliran kepada Xperia 1 dan Xperia 5 pula akan tiba.

Bagi yang ingin membeli Xperia 1 II, ia baru sahaja mula dijual pada bulan lepas. Jadi hanya sebulan selepas membeli anda akan menerima kemaskini terbaru. Bagi yang ingin dapatkan Xperia 5 II pula, ia sudah boleh dipra-tempah – tetapi hanya akan tiba pada Januari tahun hadapan. Yang mana hanya selepas anda membeli anda boleh terus kemaskini ke Android 11.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd