Cari @ Amanz

Selari dengan pelan JENDELA untuk meningkatkan kadar liputan 4G ke 96.9 peratus rakyat di seluruh negara menjelang penghujung 2022, Celcom mengeluarkan kenyataan yang berkata bahawa mereka akan melaburkan wang sebanyak RM256 juta dalam usaha untuk menambahkan dan menaiktarafkan rangkaian 4G mereka di Malaysia.

Syarikat telekomunikasi tersebut mengatakan bahawa mereka melihat peningkatan 40 peratus dari segi penggunaan data pada suku ketiga tahun ini berbanding dengan tahun lepas, tetapi ini tidaklah begitu mengejutkan kerana kebergantungan orang ramai terhadap rangkaian internet untuk pelbagai sebab.

Walaupun begitu, masih ramai lagi rakyat, khususnya mereka yang berada di luar bandar dan kawasan pedalaman yang masih menghadapi masalah sambungan internet yang sangat penting khususnya untuk mereka yang berada masih di alam persekolahan.

Celcom berkata bahawa pada Februari 2021 mereka akan mula menaiktarafkan sekitar 4700 tapak rangkaian, dimana 51 peratus daripadanya adalah di kawasan luar bandar untuk meningkatkan kadar capaian dan juga kualiti rangkaian secara keseluruhan.

Ia dianggarkan lagi bahawa 1000 daripada tapak rangkaian tersebut terletak di Sabah dan Sarawak, dan ia juga akan diberikan fokus untuk menaikkan kadar dan kualiti liputan di kawasan pedalaman.

CEO Celcom

Dalam pada itu, 3600 menara rangkaian juga akan dikemaskini untuk menaiktarafkan kualiti rangkaian 4G dari segi pengurangan isu lengah masa dan meningkatkan kualiti panggilan suara dan video yang menggunakan teknologi VoLTE. Penaiktarafan-penaiktarafan ini dijangka siap menjelang bulan Ogos 2021 kelak.

Celcom turut mengatakan bahawa mereka telah mencatatkan peningkatan dari segi pertumbuhan dari segi kos, hasil dan keuntungan keseluruhan melalui penawaran pelan-pelan pra- dan pasca-bayar baru mereka, termasuklah pengumuman pelan gentian optik terkini untuk mereka yang berada didalam kawasan liputan.

Celcom Xpax

Ini termasuklah peningkatan kepada jumlah pelanggan baru seramai 370 ribu pengguna dari suku ke suku setakat ini. Ini termasuklah peningkatan hasil dari suku-ke-suku yang tidak mengambil kira penjualan peranti sebanyak 6 peratus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd