Cari @ Amanz

EMUI 11 adalah sistem operasi terbaru dari Huawei. Ia masih lagi dibina berasaskan Android 10 dan mungkin akan menjadi versi terakhir EMUI sebelum beralih ke Harmony OS tidak lama lagi. EMUI 11 memfokuskan kepada kemaskini visual, seperti rekaan ikon, animasi dan juga sokongan Always-On Display serba baharu.

Menerusi akaun Weibo rasmi EMUI, pengguna EMUI 11 dikatakan telah mencapai sebanyak 10 juta pengguna. Di China sebanyak 28 peranti Huawei menyokong EMUI 11 dan jumlah ini mungkin termasuk dengan pengguna beta sekali. Untuk pengguna global, EMUI 11 dikatakan hanya menyokong pada 19 peranti sahaja dan hanya segelintir sahaja telah menerima kemaskini ini. Antaranya adalah Huawei Mate 30 dan Huawei P40.

Jumlah ini juga mungkin termasuk dengan peranti Honor yang menjalankan sistem operasi Magic UI 4.0, yang merupakan EMUI 11 yang dijenamakan semula sahaja. Pihak Huawei tidak memberikan butiran jelas mengenai peranti apa, pengguna dari negara mana dan lain-lain mengenai jumlah pengguna ini. Jika benar, agak hebat dalam masa sekitar dua bulan sudah 10 juta mengemaskini ke versi baru. Adakah anda antara 10 juta pengguna ini? Jika ya, peranti Huawei/Honor apakah yang anda gunakan?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd