Cari @ Amanz

Twitter adalah platform media sosial yang popular, di mana pengguna boleh membuat perbincangan melalui bebenang, boleh berkongsi maklumat, gambar, dan banyak lagi. Ia juga merupakan salah satu platform mikroblog. Twitter seperti banyak platform media sosial lain turut mempunyai sekuriti tersendiri, untuk melindungi data pengguna dan sebagainya.

Walaupun mereka sudah ada sekuriti tersendiri, tidak bermakna ia tidak boleh digodam. Bulan Julai lalu 130 akaun digodam dan kemudian dua bulan lepas pula berlakunya masalah ciapan balas yang tidak boleh diakses. Walaupun Twitter sudah ada sekuriti sendiri dan baiki masalah yang berlaku. Pengguna juga patut mengambil langkah keselamatan tambahan. Selain daripada akaun dengan log masuk pengesahan dwi-faktor, pengguna juga patut menggunakan kunci fizikal pengesahan dwi faktor.

Aplikasi Twitter baru-baru ini menambah sokongan sedemikian. Sokongan ini diberikan kepada kedua-dua aplikasi Android dan iOS. Dengan penggunaan kunci fizikal, kaedah log masuk akan lebih leceh. Tetapi ia adalah lebih selamat kerana untuk log masuk pengesahan dwi-faktor memerlukan kunci fizikal yang dimiliki pengguna. Kunci ini hadir dalam banyak bentuk, seperti bentuk pemacu USB-A, USB-C atau juga jenis Bluetooth. Selarikan kunci fizikal dengan akaun Twitter dan setiap kali anda ingin log masuk kunci ini perlu disambunkan ke peranti, sentuhan NFC atau Bluetooth.

Antara jenama yang boleh anda beli adalah Titan dari Google (set import di Shopee) atau juga YubiKey yang turut boleh didapati dari ramai penjual.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd