Google Camera adalah aplikasi kamera tersendiri yang digunakan pada peranti Pixel. Aplikasi kamera ini berkemampuan mengambil gambar-gambar yang cantik dan hebat, antaranya adalah mod potret yang menawan. Tetapi, setiap kali gambar potret diambil – dua imej akan disimpan dalam satu fail khas untuk setiap dua gambar. Gambar dengan kesan kabur dan gambar tanpa kesan kabur akan disimpan.
Dengan menghentikan storan percuma Google Photos pada tahun hadapan, Google kini mengemaskini aplikasi Google Camera untuk menyimpan satu sahaja gambar potret. Gambar tanpa kesan kabur tidak lagi disimpan. Dengan menyimpan hanya satu imej, tiada lagi fail-fail imej potret yang semak dan tiada lagi imej tanpa kesan kabur tambahan disimpan. Secara tidak langsung, storan juga akan jimat. Sebelum ini, Google Camera versi 8.1 telah hadir dengan sokongan menangkap gambar dengan mod low storage.
Kelak apabila peranti Pixel baru sudah tiba, jika storan 128GB tanpa kuota storan awan juga mungkin sudah memadai. Tetapi bagaimana jika pengguna ingin dapatkan gambar tanpa kesan kabur tanpa mengambil semula gambar dalam mod biasa? Pergi sahaja ke Google Photos, cari gambar potret tadi, naikkan kesan kabur ke 1 atau ke atas dan turunkan kembali ke 0. Secara automatik akan menjadi normal.