Cari @ Amanz

Kereta terbang merupakan salah satu topik yang hangat diperkatakan sejak daripada lewat tahun 2019, dan ketika itu dron Ehang diperkatakan akan dijenamakan semula dan diperkenalkan sebagai kereta terbang pertama di Malaysia.

Ketika itu, bukan satu projek berkaitan kereta terbang yang diperkatakan, malah terdapat beberapa projek lain – dan kesemuanya dijangka dipertontonkan pada 2020 ini.

Apa pun, perkara berkenaan seperti tidak kesampaian. Bercakap mengenainya, hari ini PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) dimaklumkan yang mana pembangunan kereta terbang bukan seuatu keutamaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) buat masa ini.

Sebaliknya, kementerian MEDAC akan lebih memfokuskan kepada pembangunan arena keushawanan – terutamanya melibatkan perniagaan kecil dan sederhana, selain perniagaan mikro.

Seperti ramai sedia maklum, Covid-19 membawa kesan kepada pembangunan sejumlah perkara, dan duit perlu diutamakan kepada beberapa arena dalam memastikan kelangsungan ekonomi tempatan.

Selain Malaysia, beberapa pihak sedia melihat kepada arena automotif udara – dan terdapat sebahagian yang menangguhkan sedikit proses disebabkan penularan wabak Covid-19 ini. Dalam arena automotif, ia kini dilihat fokus lebih diberikan terhadap pembangunan kereta elektrik dan swapandu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd