Kereta Terbang Negara Kedua Sedang Dibangunkan – Penerbangan Sulung Seawal Suku Ketiga 2020

Kereta Terbang Negara Kedua Sedang Dibangunkan – Penerbangan Sulung Seawal Suku Ketiga 2020

Diterbitkan pada Okt 18, 2019 oleh .

Sebentar tadi kami melaporkan, penerbangan sulung kereta terbang pertama negara ditangguh ke penghujung 2019. Tetapi tahukah anda pada waktu yang sama kereta terbang kedua negara juga kini sedang dibangunkan. Jika kenderaan pertama negara dibangunkan secara usaha sama dengan Jepun, kereta kedua ini pula sedang dibangunkan di Eropah.

Kereta Saga TerbangMenurut laporan Bernama yang memetik kenyataan Menteri Pembangunna Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, kereta terbang kedua ini dibangunkan menggunakan teknologi berbeza. Apakah perbezaan ini tidak pula diterangkan oleh beliau. Sekiranya teknologi ini terbukti boleh diguna pakai, Ia menyasarkan penerbangan sulung pada suku ketiga 2020.

Identiti syarikat yang membangunkan kereta terbang kedua negara ini masih lagi misteri. Tetapi kami merasakan ia mungkin mempunyai kaitan dengan Proton selepas syarikat kenderaan pertama negara ini menyatakan hasrat membangunkannya pada tahun 2017. Proton kini di bawah payung Geely yang telah mengambil alih syarikat kereta terbang Terrafugia dan mempunyai pelaburan di dalam Volocopter.


TIPS & ULASAN