Imej Pengolokan Xiaomi Mi 11 Diperlihatkan – Dedah Rekaan Hadapan Dan Belakang

Diterbitkan pada Dis 4, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi Mi 11 boleh dikatakan antara peranti pintar yang menjadi perhatian ramai hari ini. Ia merupakan peranti pintar mercu seterusnya yang akan dihasilkan oleh Xiaomi. Ia juga telah disahkan hadir dengan cip pemproses Snapdragon 888. Selain, dijangka menjadi peranti pertama yang akan dipasarkan dengannya.

Dalam perkembangan terkini, imej pengolokan peranti pula telah diperlihatkan. Melaluinya, kita dapat lihat Xiaomi Mi 11 dipercayai hadir dengan paparan jenis melengkung pada setiap sisi. Kemudian, panel hadapannya pula menggunakan skrin jenis berlubang. Turut kelihatan, sistem tri-kamera digunakan di sini dan ia disusun dalam modul kamera berbentuk segi empat. Jika diteliti, rekaan pada sensor utama dan kedua kelihatan agak besar – sekaligus dilihat menjadi titik fokus pada modul berkenaan.

Buat masa ini tidak banyak maklumat berkaitan spesifikasi yang diketahui. Namun mengikut spekulasi awal, ia mungkin menggunakan paparan 2K dengan kadar segar semula 120Hz dan kamera utama 108-Megapixel.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami