Vivo V20 adalah siri baharu peranti kelas pertengahan dari Vivo. Ia baru sahaja memasuki pasaran Malaysia pada bulan Oktober lepas. Peranti ini hadir dengan rekaan seumpama Vivo X50, tetapi dijual pada harga lebih murah dengan cuba memberikan pengalaman yang lebih kurang sama. Vivo V20 dijual pada harga RM1,499 dan adalah peranti pertama dunia hadir dengan Android 11. Vivo V20 Pro dijual pada harga RM1,899, tetapi masih lagi menjalankan Android 10.

Kedua-dua peranti ini walaupun mempunyai asas sistem operasi yang berbeza, ia masih lagi menjalankan Funtouch OS yang terkini. Vivo baru-baru ini telah mengedarkan kemaskini Android 11 untuk pengguna Vivo V20 Pro. Versi kemaskini adalah PD2020F_EX_A_6.70.8 dan dilihat mempunyai saiz muat turun sebesar 3.6GB. Dengan kemaskini ini, pengguna Vivo V20 Pro dapat menikmati banyak fungsi dan ciri dari Android 11 sambil menikmati pengalaman penggunaan seakan Android asli. Bagi yang tidak tahu, Funtouch OS terkini mempunyai rekaan antaramuka mirip Android asli.
Juga perlu diingatkan, kemaskini ini masih lagi Funtouch OS. Kemaskini versi global Origin OS masih tidak dikethaui lagi. Sama-sama kita nantikan.