Cari @ Amanz

OnePlus 9 adalah peranti mercu terbaru dari OnePlus yang akan dilancarkan pada bulan Mac 2021. OnePlus dikhabarkan akan hadir dengan tiga peranti dalam siri ini, iaitu OnePlus 9, OnePlus 9 Pro dan juga OnePlus 9E. Rekaan peranti ini sudah pun tertiris, tetapi Pete Lau seakan menafikan yang ini adalah rekaan peranti. Tetapi, Internet dibanjiri dengan banyak imej pengolokan dan yang terkini adalah lakaran pula dengan sedikit informasi kamera.

Nampaknya, lakaran yang tertiris ini juga dilihat mirip dengan imej pengolokan yang tertiris. OnePlus 9 Pro dilihat akan masih menggunakan modul kamera segi empat dan akan menyertakan empat kamera. Dua daripada kamera ini adalah dari sensor yang besar dan dua lagi adalah sensor kecil. Dua sensor besar ini berkemungkinan besar adalah lensa utama dan juga sudut ultra lebar (atau mungkin zum). Dua lagi pula mungkin adalah gimik seperti sensor monokrom atau warna atau juga kedalaman.

Skrin peranti dikatakan akan kekal dengan 120Hz dan QHD+, ia juga masih lagi menggunakan rekaan skrin dwi-lengkung. OnePlus besar kemungkinan tidak akan menggunakan lensa periskop. Di hadapan peranti masih lagi skrin berlubang untuk kamera swafoto. Keseluruhan rekaan akan mirip OnePlus 8 Pro, dengan perubahan ketara pada modul kamera.

OnePlus 9 Pro mungkin akan dijana dengan cip Snapdragon 888, memori sehingga 12GB RAM, menyokong pengecasan pantas Warp Charge 65W dan mungkin akan kekalkan ciri seperti OnePlus 8 Pro, iaitu pengecasan nirwayar pantas, IP68 dan harga yang tinggi. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd