Cari @ Amanz

LG ialah jenama yang sukar untuk ditemui peranti pintarnya di Malaysia sejak tiga tahun yang lalu. Malahan kami hanya mengenali seorang sahaja pengguna peranti keluaran mereka. Ini adalah kerana mereka tidak mampu bersaing dengan pengeluar dari China yang menawarkan peranti pada harga lebih mampu milik.

Menurut laporan Reuters, perniagaan peranti pintar LG telah dirombak bagi menyelesaikan masalah kerugian yang telah berterusan selama 22 suku. Perubahan utama ialah LG tidak lagi akan mereka peranti kelas pertengahan dan rendah. Mereka akan menggunakan khidmat ODM untuk menghasilkan peranti yang kemudiannya dijenamakan semula.

LG bukan satu-satunya syarikat yang mengambil langkah ini untuk mengurangkan kos. Samsung turut telah melakukannya tahun lalu bermula dengan siri Galaxy A.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd