Cari @ Amanz

Realme 7 5G Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 17 Disember 2020

Link Copied!

Sedia maklum, Realme Malaysia sedia mengacah orang ramai mengenai penawaran Realme 7 5G untuk pasaran tempatan. Kalau perasan, mereka turut mengacah rekaan panel belakang peranti dalam imej sebenar menerusi sebuah entri di Facebook, baru-baru ini.

Tetapi, tarikh pelancarannya masih menjadi tanda tanya sehinggalah hari ini mereka berkongsinya secara terbuka. Realme 7 5G dikatakan bakal hadir ke pasaran tempatan pada minggu hadapan, 17 Disember 2020. Acara pelancaran akan diadakan secara atas talian menerusi laman Facebook Realme Malaysia pada jam 12 tengah hari.

Realme 7 5G telah dilancarkan di Eropah sebelum ini . Ia merupakan satu lagi model baharu untuk penawaran peranti di bawah siri Realme 7. Bagi mengetahui penawaran lebih lanjut termasuk harganya, kekal dengan kami di Amanz untuk kemas kini seterusnya.


Komen ()