Aplikasi Realme Link Kini Boleh Dimuat Turun Pada Peranti iOS

Aplikasi Realme Link Kini Boleh Dimuat Turun Pada Peranti iOS

Diterbitkan pada Dis 10, 2020 oleh .

Realme Link merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Realme untuk mengawal semua peranti berhubung mereka yang disambungkan ke telefon pintar dalam satu aplikasi. Jika sebelum ini, penawarannya hanya terhad untuk peranti Android sahaja. Kini, ia telah diperluaskan untuk peranti iOS pula.

Perkara ini telah dikongsi sendiri oleh Ketua pegawai eksekutif Realme, Madhav Sheth menerusi satu entri di laman Twitter miliknya. Menurutnya, aplikasi Realme Link kini boleh didapati menerusi App Store dan hasil semakan kami mendapati ia menyokong peranti yang menjalankan perisian iOS 9.0 dan ke atas.

Sekadar selingan, Realme 7 5G telah disahkan bakal hadir ke pasaran Malaysia pada 17 Disember ini. Acara pelancarannya bakal diadakan secara atas talian dan untuk ketahui lebih lanjut, kekal bersama kami di Amanz.

Muat-Turun Realme Link untuk iPhone



Paling Popular