Apple Disaman Cydia Kerana Mendakwa App Store Memonopoli Pasaran

Diterbitkan pada Dis 11, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pengasas Cydia telah menyaman Apple kerana mendakwa mereka menggunakan taktik monopoli untuk memasarkan aplikasi iOS. Menurut Jay Freeman yang mengasaskan Cydia pada tahun 2007, Apple menyukarkan proses Jailbreak yang mengakibatkan penawaran aplikasi di luar App Store menjadi mustahil.

Ini menyebabkan pengguna peranti iOS hanya boleh memuat turun aplikasi dari App Store sekaligus tidak menggalakkan persaingan dari pihak ketiga. Cydia wujud terlebih dahulu dari App Store untuk menawarkan aplikasi yang pada waktu tersebut masih lagi belum digunakan secara meluas. Dengan Apple memperketatkan kawalan ke atas iOS, Cydia telahpun menghentikan operasi pada tahun 2018.

Saman yang difailkan memohon ganti rugi dari Apple tetapi nilai tidak ditetapkan. Apple memperketatkan kawalan pemasangan aplikasi atas sebab keselamatan. Tidak seperti Android, proses pemasangan aplikasi dari pihak ketiga adalah lebih sukar. Ini menyebabkan pengharaman Fortnite dari iOS tahun ini menghalang pengguna iPhone dari menikmati permua popular ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami