Cari @ Amanz

Setakat ini hanya sebilangan kecil peranti skrin boleh-lipat telah dipasarkan. Samsung berada di hadapan kerana telah menghasilkan empat peranti dengan rekaan unik ini. Tetapi menurut Ross Young dari DisplaySearch, tahun hadapan pasaran peranti boleh-lipat akan menjadi semakin hangat.

Google, Oppo, Vivo Dan Xiaomi menurut beliau sudah bersedia untuk melancarkan peranti skrin boleh-lipat mereka. Oppo dan Xiaomi telahpun memperlihatkan beberapa prototaip sebelum ini. Malahan Oppo lebih jauh ke hadapan dengan peranti skrin boleh-gulung Oppo X hanya tiga minggu lalu.

Empat peranti skrin boleh-lipat akan ditawarkan oleh Oppo, tiga dari Samsung dan satu dari Oppo. Kesemua peranti dijangkan dilancarkan pada separuh kedua 2021. Ross Young mempunyai rekod yang baik dalam meramalkan peranti skrin boleh-lipat sebelum ini.

Yang mengecewakan ialah menurut Young lagi, Samsung Galaxy Z Fold Lite tidak akan dipasarkan. Sebaliknya peranti skrin boleh-lipat mampu milik akan ditawarkan oleh siri Z Flip sahaja. Kami telahpun meramalkan 2021 akan menjadi tahun boleh-lipat kerana teknologi semakin matang dan nyata terdapat pasaran untuknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd