Seiring pelancaran Realme 7 5G, jenama ini turut mengumumkan bahawa televisyen pintar mereka iaitu Realme Smart TV boleh dibeli oleh pengguna tempatan bermula 22 Disember ini. Lebih menariknya, Realme turut menawarkan diskaun menarik – di mana anda boleh mendapatkannya pada harga RM200 lebih murah berbanding harga asal.
Melaluinya, Realme Smart TV 32″ boleh didapatkan pada harga RM699. Sementara, Realme Smart TV 43″ pula berharga RM1,299. Ia bagaimanapun, hanya terhad untuk hari pertama jualan sahaja menerusi Shopee. Kemudian, ia akan kembali ke harga asal selepas itu.
Untuk spesifikasi, Realme Smart TV 32″ dan Realme Smart TV 43″ dilengkapi paparan berasaskan LED bersama binaan bezel yang nipis. Ia juga menyokong format HDR10 dan HLG. Seterusnya, ia dijana dengan cip pemproses empat-teras MediaTek 64-bit bersama padanan GPU Mali-470 MP3, memori 1GB RAM dan 8GB storan dalaman secara terbina. Di samping itu, ia juga menjalankan sistem operasi Android TV.
Selain turut dilengkapi sistem pembesar suara empat unit dengan output 24W dan sokongan Dolby Audio. Ia turut disertakan dengan ciri Chroma Boost untuk pengalaman paparan lebih jelas dan cantik pada muka skrin. Satu alat kawalan jauh turut ditawarkan bagi menyediakan akses pantas untuk YouTube, Netflix dan Google Assistant.
Dalam pada itu, Realme juga turut menganjurkan kempen menarik yang dinamakan ‘Always Beyond’ yang bakal berlangsung bermula 22 – 24 Disember ini. Melaluinya, anda boleh mendapatkan sejumlah produk daripada Realme dengan harga lebih rendah daripada biasa – di mana, penjimatan sehingga 54% atau RM800 ditawarkan sepanjang kempen ini.