Twitter Memulakan Semula Proses Pengesahan Akaun Pada 21 Januari Hadapan

Twitter Memulakan Semula Proses Pengesahan Akaun Pada 21 Januari Hadapan

Diterbitkan pada Dis 18, 2020 oleh .

Dengan akaun yang telah disahkan, identiti individu yang menghantar ciapan boleh diketahui. Dalam kes penyebaran maklumat, ciapan akan menjadi lebih dipercayai. Proses pengesahan akaun Twitter telah digantung sejak 2017. Bagi mereka yang ingin mendapatkan pengesahan, proses permohonan akan dibuka semula 21 Januari ini.

Pengguna boleh memohon untuk pengesahan bagi mendapatkan logo verified dalam aplikasi. Twitter berkata kali ini proses akan menjadi lebih mudah dan terbuka. Akaun yang menerima pengesahan juga akan mempamerkan kategori seperti aktivis, ahli sukan, pengamal media, ahli politik dan banyak lagi.

Turut akan diperkenalkan kelak ialah label pada akaun bot dan insan yang telah meninggal dunia. Dengan label seperti ini sekali lagi proses membezakan maklumat sahih dari akaun bot dapat dilakukan dengan lebih mudah. Ia adalah penambahan dari label yang diperkenalkan oleh Twitter untuk media rasmi yang dimiliki oleh kerajaan seperti China, A.S dan Rusia.


Paling Popular