Cari @ Amanz

Apple buat pertama kalinya hadir dengan set fon kepala di bawah jenama sendiri (bukan Beats), iaitu Apple AirPods Max. Apple menggunakan nama “Pods” sebagai tanda yang ia adalah produk audio mereka seperti HomePod dan AirPods Pro. AirPods Max menyokong pembatalan hingar aktif, pad telinga bermagnet, turut menawarkan butang Digital Crown seakan Apple Watch dan seperti AirPods Pro ia menyokong audio spatial dan tambatan pantas dan mudah antara peranti-peranti Apple.

Harga jualan set fon kepala ini adalah RM2,399, yang mana adalah agak mahal untuk sesebuah set fon kepala ANC. Biasanya set fon kepala seperti ini dijual pada harga bawah RM2000 seperti Sony WH-1000XM4. Terkini, set fon kepala ini dilihat telah melepasi SIRIM yang mana memberi petanda yang ia akan dijual dalam masa terdekat.

Walaupun AirPods Max adalah mahal, di Amerika Syarikat ia menerima sambutan yang sangat baik sehinggakan orang menjual semula pada harga RM3000 dan mencapai RM5000. Tempahan terkini AirPods Max di Amerika Syarikat hanya akan dihantar pada tahun hadapan bulan Mac. Harapnya di Malaysia ia akan dijual dengan stok yang banyak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd