Harmony OS Dari Huawei Bakal Menggunakan Antaramuka Yang Baharu

Diterbitkan pada Dis 21, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei telah pun memperlihatkan Harmony OS Beta untuk telefon pintar pada minggu lepas, dan telah mula menawarkan sistem operasi baru berkenaan kepada pembangun yang menggunakan peranti Mate 30 atau P40.

Daripada ujian awal, Harmony OS memperlihatkan rekaan antaramuka yang menyerupai penggunaan EMUI yang kini sedia digunakan oleh Huawei.

Pada awalnya, kami fikirkan langkah ini mungkin untuk memudahkan pengguna beralih ke sistem operasi berkenaan, dan tidak merasakan perbezaan drastik berbanding menjalankan sistem operasi Android pada hari ini.

Apa pun, bergerak kehadapan, kini Huawei mengatakan mereka kelak akan menggunakan antaramuka baharu untuk sistem operasi Harmony OS ini kelak.

Antaramuka baharu ini dijangka diperkenalkan bersama-sama dengan versi akhir Harmony OS untuk telefon pintar kelak.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah versi akhir Harmony OS akan diperkenalkan. Mengikut desas-desus, Huawei P50 dijangka akan hadir dengan sistem operasi ini secara terbina.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami