Rekaan Peranti Skrin Boleh-Gulung Oppo Edisi Tom Ford Tertiris

Rekaan Peranti Skrin Boleh-Gulung Oppo Edisi Tom Ford Tertiris

Diterbitkan pada Dis 27, 2020 oleh .

Tahun ini konsep Oppo X 2021 telah diperlihatkan sebagai peranti skrin boleh-gulung pertama rekaan mereka. Peranti ini masih di peringkat prototaip tetapi masih belum sedia dipasarkan menurut Oppo.Sungguhpun begitu pelancarannya mungkin semakin hampir menjadi realiti selepas dokumen rekaannya telah ditemui lama LetsGoDigital.

Menurut LetsGoDigital, peranti skrin boleh-gulung Oppo kelak akan menerima sentuhan pereka fesyen terkenal Tom Ford. Panel belakang peranti akan menggunakan bahan seakan kulit dengan kemasan fabrik pula digunakan pada sisi bonggol yang menempatkan tri-kamera utama. Tiada kamera swafoto dapat dilihat.

Apabila pada kedudukan terbuka, saiz skrin gulung akan meningkat sekitar 80% dari saiz asal. Dapat dilihat dua gegelung pada sisi bingkai yang mungkin boleh digunakan untuk menyambung tali supaya peranti boleh digantung pada leher pemilik. Selepas bertahun pasaran dipenuhi peranti dengan rekaan pelanduk dua serupa, tahun 2021 akan dapat melihat pengeluar kembali menghasilkan peranti dengan rekaan unik.



Paling Popular