Imej Sebenar Galaxy SmartTag Tertiris – Penjejak Objek Bluetooth

Diterbitkan pada Jan 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada 14 Januari hadapan, Samsung Galaxy S21 akan dilancarkan secara rasmi. Selain tiga telefon pintar mercu ini, Samsung turut diramalkan akan melancarkan fon telinga TWS dan penjejak objek bluetooth mereka. Pada hujung minggu lalu imej sebenar Galaxy SmartTag akhirnya tertiris.

 Galaxy SmartTag, ialah penjejak objek bluetooth yang memudahkan pengguna menjejak lokasi produk yang mungkin hilang di rumah seperti kunci kereta misalnya. Dapat dilihat lubang untuk meletakkan gegelung menyangkut kunci dan speaker untuk sistem penggera.

Selain bluetooth, Galaxy SmartTag juga dipercayai menyokong sistem UWB yang menunjukkan arah. Ia boleh dijejak menerusi aplikasi SmartThings seperti kesemua aksesori serta peranti Samsung sekarang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami