iQOO 7 akan dilancarkan pada 11 Januari ini, mereka telah melangkau nombor enam dan turut bekerjasama dengan BMW untuk rekaan istimewa. Peranti ini juga dikatakan tidak akan mempunyai banyak beza dengan iQOO 5, tetapi ia akan mengikut trend dan cuba memuaskan hati pengguna.

Terkini, iQOO telah kongsi poster acah baharu mengenai sistem pembesar suara pada peranti iQOO 7. iQOO 7 akan mempunyai pembesar suara dari Monster Beat. Monster Beat bagi yang tidak tahu adalah pemilik Beats, sebelum dibeli oleh Apple. Selain itu, pembesar suara iQOO 7 turut menyokong HiFi, Super Audio dan audio Hi-Res.
Cip HiFi yang digunakan mempunyai julat dinamik 120dB. Peranti ini akan dijana dengan cip Snapdragon 888, menggunakan tri-kamera, skrin kadar segar semula dan mungkin kekalkan pengecasan 120W serta peranti akan dijual pada harga lebih murah dari pesaing.