HP Elite Folio Diumumkan Dengan Skrin Boleh Ubah Unik Dan Cip Snapdragon 8cx Gen 2

HP Elite Folio Diumumkan Dengan Skrin Boleh Ubah Unik Dan Cip Snapdragon 8cx Gen 2

Diterbitkan pada Jan 12, 2021 oleh .

Di CES pelbagai produk unik akan dilancarkan. Tahun ini walaupun berlangsung secara atas talian, tradisi pengumuman produk unik masih diteruskan dengan HP Elite Folio yang mengitar semula rekaan Spectre Folio yang dilancarkan beberapa tahun yang lalu.

Elite Folio dilengkapi 13.5″ WUXGA dengan nisbah 3:2 dengan panel kaca Gorilla Glass 5. Ia dijana cip a Qualcomm Snapdragon 8cx Gen 2 5G, memori sehingga 16GB, storan sehingga 512GB SSD dan bateri yang memberikan hayat penggunaan sehingga 24.5 jam.

Selari dengan trend mesra alam yang kian popular, Elite Folio diperbuat daripada bahan magnesium yang dikitar semula dan bahan kulit vegan yang tidak kejam kepada haiwan. Komponen speaker pula diperbuat daripada plastik dari laut yang telah dikitar semula.

Skrin yang bersambung kepada penutup bahan kulit vegan ini tidak boleh ditanggalkan dari tapak papan kekunci tetapi bebas digerakkan untuk menjadikannya komputer riba ataupun tablet. Pilihan I/O ialah 2 X USB-C, 1 X bicu audio 3.5mm dan slot SIM nano.

Selain sokongan 5G terbina, ia turut menyokong WiFi 6 dan bluetooth untuk tambatan aksesori. Penggunaan stylus juga boleh dilakukan pada skrin sesentuh Elite Folio.Harga masih belum diumumkan tetapi jualan akan dibuka pada Februari ini.


Paling Popular