Cari @ Amanz

TCL sedia terkenal sebagai syarikat yang menghasilkan pelbagai jenis skrin. Dari e-ink, LCD, OLED, boleh-lipat dan banyak lagi panel TCL tawarkan. Kebanyakan panel TCL digunakan pada produk mereka sendiri seperti telefon pintar dan antara yang popular adalah televisyen.

Terkini, TCL telah hadir dengan beberapa televisyen pintar. Yang paling menarik adalah siri-6 TCL, yang mana menjalankan Google TV. Google menjanjikan yang 2022 sepatutnya tahun peranti/televisyen Android TV hadir dengan Google TV bermula dengan Sony. Tetapi tahun ini, Sony dengan Bravia XR dan kini TCL siri-6 telah dibenarkan hadir dengan Google TV.

TCL Announces its Google TV Launch at CES2021 to Offer Very Best Content with Superb Viewing Experience

Siri-6 TCL ini hadir dengan panel mini-LED resolusi 8K. TCL berhasrat tahun ini, penggunaan panel 8K akan lebih meluas dan menjadi standard. Siri-6 TCL adalah sedikit lebih rendah dari siri-8. Sayang sekali, TCL masih tidak berkongsi mengenai spesifikasi televisyen baharu mereka. Tetapi model sebelumnya menyokong kadar segar semula 120Hz pada resolusi1440p. Harapnya tahun ini hadir dengan sokongan 4K 120Hz.

Televisyen seterusnya adalah panel QLED, juga dengan saiz skrin 85-inci. Ia berada dalam siri XL, yang mana mempunyai tiga televisyen pintar yang menjalankan Roku TV. Televisyen pertama adalah 85-inci 4K HDR QLED dan kedua adalah 85-inci 8K QLED dengan sokongan pencahayaan mini-LED. Siri XL ini dijual pada harga serendah $1599 (~RM6495), manakala butiran lanjut lain tidak dikongsi lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd