Cari @ Amanz

Kami meramalkan tahun 2021 akan berlaku perang penstriman dengan penawaran kandungan lebih menarik dan harga perkhidmatan yang semakin kompetitif. Di India, Prime Video mula menawarkan pelan khusus untuk peranti mudah alih pada harga ₹89 (~RM 4.92) sebulan.

Amazon Prime Video

Pelanggan hanya boleh menggunakan satu profil sahaja, menstrim pada resolusi SD dan turut menerima kuota data 6GB dari Airtel. Ini ialah kali pertama pelan khusus Prime Video untuk telefon mudah alih diperkenalkan di dunia. Langkah yang diambil adalah mirip yang dilakukan oleh Netflix juga di India. Perbezaannya ialah langganan bulanan Netflx mudah alih adalah lebih tinggi iaitu ₹199 (~RM11) sebulan.

India kerap menjadi medan eksperimen kerana ia adalah pasaran telefon mudah alih kedua terbesar dunia selepas China. Sekiranya pelan ini berjaya, syarikat akan mula memperkenalkan pakej yang sama ke negara lain. Contoh terbaik ialah pelana peranti mudah alih Netflix diperkenalkan di Malaysia dan Indonesia selepas India.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd