Honor telah mengesahkan bahawa mereka bakal memperkenalkan Honor V40 pada 18 Januari 2021. Menjelang pelancaran rasmi, semakin banyak perincian utama pada peranti mula tertiris ke arena web. Salah satu daripadanya adalah misteri mengenai salah satu kamera yang digunakan telah terungkai.
Perkara ini dikongsi sendiri oleh pihak Honor menerusi satu video pendek di laman Weibo. Ia jelas menunjukkan penggunaan sensor 50MP untuk kamera utamanya. Bukan itu sahaja, video berkenaan turut memberi gambaran bahawa peranti ini bakal mempunyai keupayaan kamera yang baik untuk mengambil gambar dalam pelbagai situasi termasuk pada pencahayaan rendah.
Dalam perkembangan berbeza, rekaan peranti ini juga dikatakan telah tertiris menerusi beberapa poster acah. Melaluinya, ia memperlihatkannya panel belakangnya dilengkapi persediaan tiga kamera utama, sensor lazer autofokus dan LED Flash. Bagaimanapun, rekaan kameranya kali ini adalah bertentangan dengan apa yang tertiris sebelum ini. Selain itu, Honor V40 juga diilihat bakal menggunakan skrin melengkung bersama sokongan dwi-kamera swafoto.