Carian
Netflix Kini Mempunyai Lebih 203 Juta Pelanggan Berbayar
January 20, 2021 Effi Saharudin

Netflix hari ini menerbitkan laporan kewangan mereka untuk suku keempat 2020 dan kini mereka mempunyai 203.6 juta pelanggan berbayar. Pada suku yang lalu, mereka berjaya menambah 8 juta pelanggan baharu dan 37 juta pelanggan baharu sepanjang 2020.

Netflix Logo

Peningkatan mendadak ini turut menjana pendapatan sebanyak $25 bilion (~RM 104 bilion) sepanjang 2020. Seperti dijangka, Netflix adalah antara syarikat yang menerima impak positif kerana Covid-19 dengan ramai melanggan bagi menghilangkan kebosanan duduk di rumah.

Sebagai platform penstriman paling popular dunia, mereka kini berhadapan dengan pelbagai seperti Disney+ mengejar yang kini mempunyai hampir 90 juta pelanggan. Antara taktik yang digunakan Netflix untuk mengekalkan pelanggan ialah penawaran satu filem baharu setiap minggu dan siri yang menarik. Pada waktu yang sama harga langganan juga meningkat tahun lalu.

Komen