Cari @ Amanz

OnePlus dan Oppo adalah adik-beradik, kerana kedua-duanya berada di bawah naungan BBK Electronics. Ini juga termasuklah dengan Realme dan Vivo, di mana Vivo seperti OnePlus fokus kepada idea masing-masing dan Realme dan Oppo pula bergantung antara satu sama lain. Boleh dikatakan seperti Xiaomi, Redmi, Poco atau juga Black Shark.

Sejak kebelakangan ini, peranti-peranti OnePlus menjadi semakin mirip dengan peranti-peranti Oppo dan Realme. Ia bermula dengan OnePlus Nord, kemudian Nord N10 dan Nord N100. Perkara ini tidak mengejutkan kerana CEO OnePlus sendiri, iaitu Pete Lau terlibat dengan perancangan produk Oppo dan Realme. Jadi sudah tentu persamaan akan ditemui pada ketiga-tiga peranti ini.

Terkini, bahagian penye­lidikan dan pembangunan OnePlus dilaporkan sudah bergabung sepenuhnya dengan Oppo. Kedua-dua R&D syarikat ini kini di bawah satu syarikat iaitu OGA Group. Apa pun, ia diperkatakan yang mana ciri perisian masih diasingkan dan beroperasi secara kendiri dan tidak disatukan lagi buat masa ini.

Ini bermakna, operasinya akan lebih kurang seumpama Xiaomi dan Redmi, dimana mereka berkongsi pusat penyelidikan, tetapi masih beroperasi secara kendiri.

Mungkin bergerak kehadapan, kita akan melihat integrasi lebih menyeluruh antara Oppo dan OnePlus, selain beberapa syarikat lain dibawah syarikat induk sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd